The Shining Star
Muhasabah
28 May 2013, [0] Alien


Assalamualaikum w.b.t 

Salam satu Malaysia . Hehe . 

Apakah kita lupa, Allah mengingatkan kita dalam Al-quran Al karim,

Apakah kamu sangka kamu sudah beriman sebelum kamu diuji

Hebatnya tarbiyyah yang Allah berikan kepada hamba-hamba Nya, sakit itu adalah nikmat yang tidak terperi kepada manusia..Kesusahan itu nikmat yang besar kepada manusia..Itulah yang dinamakan ujian daripada Allah swt. Bukan semua orang itu benar-benar ikhlas dalam dirinya dan agamanya, kerana itulah ramai yang mengalah di tengah jalan..Berputus asa sebelum berjuang..Ujian yang Allah berikan dijadikan alasan gagal dalam kehidupan..
Meskipun kita warak pada luaran, tetapi adakah kita benar-benar percaya pada qada dan qadar Allah? Inilah yang dinamakan ujian kepada manusia, menjadi seseorang yang beriman itu bukan pada luarannya, tetapi hakikat dalamannya Allah juga yang Maha Mengetahui. Kita terlalu mudah kecundang dengan ujian yang sedikit.

Semakin Allah sayang kepada hambanya, semakin besar ujian yang Allah berikan



Bertuahnya kita menjadi hamba Allah yang sering diuji, kerana itulah tandanya kasih sayang Allah kepada kita. Sedangkan baginda Nabi Muhammad SAW pun diuji oleh Allah swt dalam usaha dakwah baginda, apatah lagi kita umat akhir zaman, manusia selemah-lemah iman ini..pastinya pelbagai rintangan dan kesusahan yang akan kita hadapi dalam kehidupan ini. Jadilah kita orang-orang yang sentiasa tabah dan kuat dalam menempuh pelbagai rintangan yang mendatang. Pada setiap ujian, kesusahan dan kesakitan itu, terdapat penghapusan dosa daripada Allah kepada kita. Allah sebenarnya memberikan nikmat kepada kita dalam bentuk pengajaran dan peringatan agar kita menjadi insan yang sedar akan kelemahan diri.
Hmmmm so Mya , you should semangat okayy . Hihi . 
Ye , Allah memang sayang Siti Nurameera Farahin Mohd Said . I can feel it (:

Ada kalanya sesuatu yang kita sangkakan baik itu,sebenarnya buruk pada pandangan Allah..dan sesuatu yang buruk pada sangkaan kita sebenarnya baik pada pandangan Allah..

Manusia yang sering kabur pada mainan dan ujian dunia kan ? Sedarlah kita manusia yang lemah .
Allah itu sangat  sayang pada kita . Apabila Allah kurniakan ujian, itu sebenarnya nikmat..Setiap suatu kesusahan pasti ada kesenangan.You must believe it .
Tersenyum saat gembira itu biasa , tetapi tersenyum saat ujian menimpa itu luar biasa :)
I learnt something masa slot QS gerak minda haritu . Thank you , Ustaz ^^


Muhasabah diri . InsyaAllah , syurga Allah itu milik kita (:


P/S : Seriously , I miss Syera . Syera , take care . We wait for you . I have so many stories to tell you . Hmmmm she's a good friend . May Allah always protect you and your family . Aminn .



Disclaimer
Bonjour fellas


Half girl, half women :)

ABOUT ENTRY

credits
big thanks

Edited by : Najmi Supian
Basecode : Iyra Monster
Another code : Kak Nazihah | Nauna Lettha