SURVEY CAMP
02 February 2016,
Haiiiiiiiiiiiiiiiiiii gilalah lama gila tak update blog huhu. Hai everyone, still remember me? Hmmm k maybe not ;( Its okay sbb aku update utk masa hadapan. Sebab nanti aku bolehle nak throwback. Serious ah baru seminggu tinggalkan survey camp rindu gilaaaaaaa huhu.
Tak semua orang lalui survey camp. Dak2 civil ngan geotech je tau. So, it was such a precious memory to me. Satu sem dah berlalu tapi aku dah mula rindukan sem satu hm.
Time flies so fast ek. Kenalah move on. Bersama insan-insan yang agak baru dalam hidup ni tetapi cukup mewarnai hari aku sepanjang belajar kat sana. Maybe classmates aku tak sama & tak seronok mcm kat matrik (sejujurnya setakat ini), tetapi i am soooooo happy being with my girls. Semua troublemakers. Aku taklah batak sangat takleh survive kalau tak kamcing ngan dak laki. Whateverrrrrrrrrrrrrrrrr tak hamak lah :p
Title 'akak matang' memang tak lepas ah dari mulut diorang. Time amek gambar masa last day survey camp pun aku dibahan. Siaaaaaaaaaaaaaaaa haha kantoile kat budak kelas lain. 10 hari camp tu macam2 jugaklah jadi haha. Lupa nak bagitahu venue. Camp kitorang tu kat Pantai Teluk Gorek, Mersing. Sumpah bestttttttt tempat tu lawaaaaaaaaa. Ni 3rd time aku pergi. First masa daki gunung arong. Second kem JKM. Heol sis JKM haha tengoklah sis function & perform or tidok. And 17hb Jan ritu pergi survey camp pulak. Banyak woooo kenangan aku kat sana. Contohnya, sandal kesayangan aku tertinggal sebelah masa aku jatuh gunung. Pity me lul.
Okay berbalik pada topik utama, sebenarnya nak tulis dalam diary je tapi diary lupa nak bawak balek rumah hmmm. Kat sana aku group 1 tau. Teammates aku, Ululazmi, Irsyadooo, Mosen, Royce & Jemah. Normal lah hidup dlm kelompok lelaki je hm yelah budak engine kan. So far aku bahagia je dpt group tu even levelling kena repeat ah damn hahaha sampai ke petang semorang dah terjun laut. Sedihnyaaa aku sorang je tak rasa mandi laut utk kem kali ni. Untuk hari2 selepas tu mmg dah takde masa sbb kekangan masa. First day tu ada test set up tripod & total station. First day tu mmg hampir semua tak lepas nak set up dlm masa 5 minit haha. Semua terkial-kial both girls and boys. Last day pun ada test tu. Apa yang gempak, i am the first girl yang lepas test tu :D Proud lah sikit haha sebab semua lelaki kot yang lepas before tu. Total station tu apa? Hahaha yang orang dok ingat cameraaaaaaa lol sangattt. Mehlah aku post sikit alat2 civil. Alat ni takde camera sayang. Ramai dok buat peaceeee gitu bila lalu depan kitorang yang tengah dok target kat total station.

TRIPOD
PRISM
AUTO LEVEL
PRISM POLE
STAFF BUBBLE
TOTAL STATION
STAFF
Gaissss alat alat tu untuk ukur jarak, ketinggian dan sebagainya. Bukan selfie tau huhu. Best gilaaaa sebenarnya bermain dgn alat ni. Memang kena jadi lasak plus sado dulu. Sbb berat sehhhh nak nak total station tu. (tapi biasanya dak laki je angkat tu kehkeh) Aku dgn tripod aku poreber together. Harga? 100k++ kot untuk total station. Bila buat kerja tu kena handle with care and love gitu. Kalau tak, gantileeeeeeee 100k tu bahagi 6 orang dalam group tu. Tak sanggup sisssss.
Okay tak dinafikan muka aku memang dah hitam. Hitam k hitam. Bak kata pejul, muka aku dah sauh matang. Grrrrrrr. Makanan kat sana memang tiptop wehhh. Seriouslah berbaloi bayar rm400 untuk 10 hari kat sana. Last day makan barbeque kot. Kambing golek very marvelous haha malam tu semua tamak amek banyak2 pastu tak habis haha.
Okay............. ni nak cerita something. Pasal tutttttttttt hahaha. My girls tahu dah.
Kat sana mmg banyak kali je terserempak tapi serious ah kitorang look soooooo awkward to each other. Aku mcm nak try tegur dia but i feel sooooo shy hahaha. Taktahula bila nampak dia aku mmg freeze ah. Masa bebudak ni tinggalkan aku ngan dia je basuh pinggan pun aku kaku gilaaaaaa serious is it too obvious???? Huaaaaaa.
Dia gelakkan aku kot masa aku piranha makan 2 cone aiskrim tenenenene. Selera besar pastu makan cicir cicir mulut bocor. Malunyaaaaa. Dia ketawa je tengok cissss mesti dia rasa aku selekeh hmmm.
There was a time when we were eating our lunch. Pastu ada satu detik tu..... aku ngan dia sama sama angkat kepala dan mata bertembung omggggggg aku kakuuuu!!!!!! Ada pulak yang perasan kitorang cenggitu dan aku diketawakan. Mmg kena bahanle aku lepastu. Huaaaaaaaaaaaaaaa awkwardnyaaa ngan dia.
Kitorang ada amek gambar sesama sebenarnya hmm ehem ehem bebudak ni lahhhh bukan aku yang nakkk.(eh yeke) haha. One of my girls cakap muka dia malu kot bila time aku bergambar dgn dia. Mula2 dgn bdk lain dia okay je hmmm. And ada yang cakap kitorang secocok maigaddddddd janganlah buat i malu. K gedik. Ameera behave hm.
Last day, both of us separate hmm bas kitorang lelain sobss. Aku fikir tu last time aku nampak dia. But.............. masa kat larkin aku terserempak dgn diaaa!!!!!!!!! Dia tengah tunggu bas... and he said hi to me.........hahahaha bahagianyaaaa lol.
"Mungkin inikah yang dinamakan cinta...."
Ye, aku mengaku. Aku suka si dia. Aku taktahulah jodoh ke apa but i really like him. Maybe because dia pendiam and nampak MACAM cool.(takpun sebenarnya) kadang2 annoying gak dia tu. Hahahaha orang je nampak dia mcm baik. Actually tak sangatttttt hahaha k aku dh mula nak kutuk dia. Taklah. Oklah. Rahsia tau ni. Kbye.
Share gambar survey camp sikit:
Aku rindu. Hm bye.
180
15 August 2015,
Ku takkan tangisi kisah cinta ini
Meski kau lukai perasaan ini
Ku akan selalu mencintaimu
Karena ku yakin tulus cinta ini
Tak akan terganti meski tak terbalas
Ku akan selalu ada untukmu
Apapun yang terjadi ku terima semua sikapmu
Ku kan tetap bertahan denganmu
Apapun yang engkau lakukan
Meski luka ku simpan di dalam hatiku
Akan tetap bertahan denganmu
Karena ku yakin tulus cinta ini
Tak akan terganti meski tak terbalas
Ku akan selalu mencintaimu
Apapun yang terjadi ku terima semua sikapmu
Ku kan tetap bertahan denganmu
Apapun yang engkau lakukan
Meski luka ku simpan di dalam hatiku
Akan tetap bertahan
Ku kan tetap bertahan denganmu
Apapun yang engkau lakukan
Meski luka ku simpan di dalam hatiku
Akan tetap bertahan denganmu
p/s: Selamat tinggal kepada seseorang. I have to stay away for you hihi. Lepas masuk u, 1 September. I will make sure you wouldnt never meet me again(even contact). I am so sorry. Hati ni dah banyak lukanya. Bye :'(
179
12 August 2015,
Annyeong. Ameera Farahin is back. Herher. It has been a year right? Dah berabad kot tak update blog. Hmmm setahun kat matriks tak pernah sekali pun update. Busy lewls, kan masa matriks pack. I dont have time to enjoy blogging.
And today, i would like to tell you gaiss that i will continue my studies in Universiti Teknologi Malaysia (UTM) in Skudai. Farewell gaiss gonna miss you alot. Course apa? Heee civil engineering. I never thought of this course before. I tell you ya, i decided to take this course on THE LAST DAY OF SUBMITTING UPU APPLICATION!!!! Masa tu dah nak midnight tau. Aku memula bersungguh nak amek sains aktuari. Even though aku bersungguh actually, aku berat hati nak amek course tu(correction:bersungguh sebab mama bersungguh). Then, I asked mira (BFF in matriks)
"AKU PATUT AMEK APA NI WEI??!!! AKU NAK NANGIS SEBAB TAKTAHU NAK AMEK APAAA"
Then, she suggested me to take civil engineering. And I was like "what is civil engineering huh???" Pastu, dengan ghairahnya aku pun tanyalah si pakwe google apabenda natang civil engineering ni.... I read all those articles, stories about that course and my heart seems shouting like "Hey mya, ameklah course ni belum cuba belum tahu. You absolutely can do it. There's nothing impossible in this world" And at that time, i talked to my mom (jarum jam dah berdetik dah nak midnight)... "Mama, boleh tak kakak amek civil engineering"...
And then my mom "Dont pressure yourself. I am so worried. Amek jelah sains aktuari tu as your first choice. Atau jadilah lecturer. Senang sikit. Nanti dah berkeluarga bla bla..."
My dad's respond be like "Kakak boleh ke survive bawah matahari? Jadi engineer kena ganas, takboleh lembik"... And i was like "Mom dad, i am not like my younger sisters.. i am tough you know right?" Mama "Boleh tu boleh. But think twice. Ohh no, think 100 times"
Masa tu macam pressure jugak ah sebab hati dah melonjak kot nak amek kejuruteraan awam but suddenly my parents macam tak support je. Yeahhh i know they dont want to pressure me with those tough course. Indeed, i know mom's blessing is the most important at that time. So, dengan redha (tidak sebenarnya) aku isi macam ni ;
1) Sains aktuari - UKM
2) Sains matematik - UKM
3) Kejuruteraan awam - UTM
4) Bla bla
5) Bla bla
6) sehingga pilihan 12) aku tak ingat so, bla bla jugak
And then masa cuti kengkawan aku yang mintak UKM semua ada panggilan inteview but i dont get any................... risau jugak ah. Ingat aku tak hantar permohonan ke ape ke. Check lawan web takde, surat pos takde. Then, semalam keluar result. Malam tu aku mimpi permohonan aku takde dalam sistemmm. Hushhh nak nangis tauuuuu.
Tik tok tik tok 11 Ogos 2015 jam 12 tengahari maka keluarlah result :
And I was like "YA ALLAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH" *crying happily*
At that time, melompat le macam cipanzi!!! Tapi kecut perut gak ah nak bagitahu mama. Yela, she really hope that i will get actuarial science. Ku gagahkan jua ah dah itu yang aku dapat. USM? Mohon pun tidok malas aku nak beli nombor pin plus USM TERAMATLAH JAUH & SIS TAK SANGGUP SURVIVE DISANA OK! UM tu aku mintak sains aktuari jugak but now i know the reason why i dont get that course. Sebab dia bagi keutamaan dekat budak akaun and yeahhhhhhhhhhh i takde peluang & kfine bye!! Haha.
Then, actually mama bagi je hehe cuma dia risau ah. Kerja aku ni memang peluang banyak but yeahhhh banyak terlibat dengan rasuah. Mama, just pray for me. I promise you that i wouldnt do anything that will make you disappointed. I just need your du'a. Your blessing is the most important.
You know what, i am soooooooooooooooooooooooooo excited like crazy monkey to go there(UTM) Thanks God for giving me this opportunity. I know many people out there dont get what they want. People, just remember this :
If Allah doesnt give you what you want, it isnt what you NEED. Kerana Dia lagi Mengetahui. Keep smiling my friends :)
Hai mong. Heee if kau terbaca blog aku ni haaaaa. Oklah, aku bagitahu sebenarnya memang sedih ah takdapat sama u ngan kau but yeahh JOHOR TU KAN NEGERI KAU. So, kalau ada rezeki, ada jodoh kita jumpalah lagi. Lepasni takde dah alien yang menyakat aku. Yang carik pasal. Yang tersangatlah annoyinggggg. No more panggilan 'pau' or that 'sutun' yaaaa. Ye, Tuhan tu pinjamkan kau sekejap je dengan aku. Walaupun sekejap, ketahuilah tidak pernah pun rasa menyesal&sunyi ada kau dengan aku(dulu) hmmm. You're one of the best things that ever happened to me(terharu tak? ah entah kau baca ke tidak). Lepasni rindulah jugak kat suara merdu orang tuuuuu. Kat sana, kau asahlah bakat kau tu. Boleh pancing banyak awek nanti. Kau kan suka bab bab gitu herrrrrrrrrrrr.
Jaga diri kat sana. Kalau sakit tu, pergilah klinik & get enough rest. Dont put to much pressure on that 'otak mereng'. Kalau ada apa apa bebanan yang tak tertanggung azabnya, boleh roger aku. Even though aku busy masa tu, aku try jugak adakan masa untuk dengar cerita kau. Boleh lepas/reda sikit en en. Or........kau cariklah member baru yang lebih kurang aku tapi tak sama untuk jadikan tempat bercerita hihi. Aku tak kisah, asalkan kau happy :) Ok nak nangis haha. Iyelerrrrr aku rindu ngok. Taknaklah tulis lagi nanti aku leleh kang. Bye mong, kawan ibanku. Tahniah anyway. Maafkan salah silap aku sepanjang kita berkawan. For upcoming 4 years, kalau tak jumpa lagi soulmate kau, bagitahu aku okay! Hahaha gurau gurau. Okdah bye. Jangan tak tegur aku eh, aku sepak nanti. Kau yang kata lebih 3 hari dosa en. So, kau jangan nak menambahkan dosa lagi dgn aku. Haha. Take a good care of yourself in perlis. Tataaaa
178
24 May 2014,
Annyeong. Hahaha rasa awkward pulak nak update kahkah okay ini bajet. Blog aku ni apa je ada. Dak pikaluffy punya blog, ya Tuhan, kelakar gilaaaa ah. Kalau stres, mohon kalian kunjung blog dia. 'RAMA-RAMA GILA' gitu haha.
Hai hai there. Mya ni. Ingat tak? Rindu tak? Mesti rindu kan ahahaha.
Okay harini 24 Mei 2014. Ini bermakna lusa saya akan memulakan hidup di alam baru. Wahhh gahhhhh gitu kahkah. Mana adalah. Aku pun bukannya hebat macam budak-budak lain dapat U yang super power tu. Aku dapat upu tapi hahaha panjang kisahnya. Anggap sahajalah rezeki aku bukan kat situ. Moh le kita ke pahang. Ke gambanglah saya. Mungkin tempat tu pedalaman. Mesti bosan? Haha aku pergi sana bukan nak berjimba beb. Guwa nak ber'jihad fi sabilillah' .. Lek lu, bandar kuantan 1jam je pun daripada matriks aku. Know what? Orang kata time tengah MEGA SALE, pehhhhh terkojol-kojol biji mata nak beli baju kasut semua. Oh em geeeeeeeeeeeeeee aku ni kaki shopping gak hahaha. Raya tahun ni baju import dari pahanglah saya ye.
Minggu orientasi adalah perkara yang paling paling teramat sangat aku tak nak lalui. Kenapa kenapa??????!!!!!!! Aku rasa macam dah jadi form 1 balik je puihhhhhhhhhh xp
Believe or not, konfem lusa aku melalak huarghhhhhhhhhhh!!!!!!!!! Jatuh imej kematangan aku haha. Dahlah esok pukul 3 PAGI dah kena kemas&bersiap. Pukul 4 lebih nak bergerak ke pahang. Aku baca blog lekors.blogspot.com tu pehhhhh menakutkan je minggu awal. Hmmm redha jelah.
One more thing, saya tak dapat se-matriks dengan zulaikha. Sob sob. Sedihnya hati saya. Actually, i want to fix our friendship last year. Hmmm namun masih tiada jodoh~~ Mungkin saya bukan seorang kawan yang baik untuk dia. Allah knows the best right?
Arghhhhhhhhhhhhh lack of idea ah what to share.Berserabut hati aku ni nak langkah sengsorang ke sana. Manjanya saya. Yes, i am.
Cakap pasal ipg pulak ah. Ipg tu apa? Adik-adik, IPG tu Institut Pendidikan Guru iaitu dibina khas untuk anak bangsa yang bakal menjadi guru. Aku lepas 1st interview yang ujian fizikal tu. But for second interview ni, i don't know when the result will be announced. Ibu bapa kebanyakkannya memang mengharapkan anak-anak mereka dapat ipg ni. Termasuklah saya. Kerana katanya, menjamin masa depan. Yup, memang masa depan Allah yang tentukan. It's just to make them feel peaceful kot hahaha. Tapi kannnnnnnnnnnnnn ipg ni cikgu sekolah rendah. Sifat penyayang aku ni kurang sikit. Adalah dalam 60%. Aku lagi prefer jadi lecturer. That's why aku nak masuk matriks. But my mum... arghhh it's hard to choose. Tsk tsk :'(
Tetibe je pulak kpop. Hahaha mohon penyepak dak mya ni. Okaylah. Nanti kat matriks aku nak diorang panggil aku farah ah. Kahkah okay bye bye. Pray for me. Love you all muah xoxo :)
177
23 March 2014,
Annyeong :) Hai hai. Setelah lama menghilangkan diri serta menyepikan diri, kini aku datang kembali membawa sedikit khabar gembira. Mungkin tidaklah terlalu gembira. Tetapi cukuplah aku dapat mengukirkan senyuman bahagia pada wajah kedua-dua ibu bapaku. Well, that's my hadiah to them. Aku tak mintak pape pun dari beliau-beliau. Kerana, ini adalah hadiahku untuk mereka. Siapalah aku tanpa mereka kan? Result aku tak gempak manaaaaaaaaaaaa macam budak-budak lain. Tapi aku sangat-sangat bersyukur. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Walau sebesar lautan dosa aku pada Dia, Dia tidak putus-putus mengurniakan nikmat kepada aku. Terima kasih, Allah ^^
Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan. Kepada yang kurang berjaya, jangan khuatir. Rezeki Allah itu luas. Ada dimana-mana. Teruskan berdoa. Dia sentiasa mengetahui apa yang terbaik buat kita semua. Berjaya itu dugaan, kurang berjaya itu pun dugaan. Sememangnya manusia sentiasa diuji. Kerana itulah yang mendekatkan diri dengan Allah swt.
Masa result keluar kan, aku dah tahu awal-awal hehe tapi aku tak bagitahu sesiapa pun termasuk mama. Nak surprise gitu tapi result tak gempak pun tapi aku puas hati dah pun. Siapalah aku nak melawan takdir. Aku taknak Allah tarik nikmat yang lain kalau aku tak bersyukur.
Inilah perkataan pertama yan terlintas jauh di lubuk hati aku yang paling dalam. Cewah. Sebab aku terkenangkan macam mana struggle mati-matian aku masa bulan spm. Aku tak tidur malam. Boleh kira berapa kali je aku tidur. Tak elok sebenarnya. Tapi sememangnya otak aku bukan memang jenis brilliant, so aku perlu usaha lebih. Alhamdulillah, Allah paid my all hardworks. Ni semua dengan izinNya. Study gila-gila pun, kena banyak ingat Allah. Sebab Dia yang menentukan, right? Tika pun, kawan baik yang paling aku sayang. She got an excellent result too. I know she is the best. I am very proud of her. Dia rakan seperjuangan aku dunia akhirat.
Sebenarnya, nak cakap sikit ni. Subjek-subjek yang aku slack tu sebab aku sendiri. Kesalahannya datang daripada aku. Bukan cikgu ke ape. Sebenarnya, sebagai seorang penuntut ilmu, first of all, kena ikhlas. Apa-apa pun mesti kena ikhlas macam mana sekali pun. Jangan benci apa-apa subjek pun. Like me, aku benci.. oppssss taklah sampai benci. Aku tak suka gilaaa fizik dengan chemist. Bila nak belajar, tak pernah nak ikhlas. Dalam hati ni seringkali memberontak. Lastly, macam ni lah jadinya haha. Serious, pada aku lah. Kita memang kena ikhlas nak buat apa-apa. Tak ikhlas, mesti ada je sekatan. Lepastu, kenalah rajin belajar. Mana ada kejayaang datang bergolek kan? Semua perlu ikhtiar dan usaha. Kemudian, barulah tawakkal :)
Minat pun kenalah tanamkan. Macam arab. Mostly budak-budak tak suka arab. Sebab? Orang kata susah. Tak susah pun sebenarnya, kita je sebenarnya tak minat. Eh tapi terpulanglah, tak nak cakap banyak. Kang macam bajet pulak. Hmm.
Terima kasih kepada semua yang memberi tunjuk ajar. Aku tak mampu sampai ke tahap ini tanpa semua orang keliling aku. Aku tahu tu. Aku bangga sangat dengan budak-budak kelas Ibnu-Rusyd kesayanganku. Kami sudah memberi apa yang terbaik. Sarangahae ♡♡
"Kdg2 nampak je dia tak belajar, tapi result gempak. Sbb apa? Sbb mgkin dlm diam ramai yg mendoakan kejayaan dia"
Aku tahu ramai sangat yang mendoakan kejayaan aku. Terima kasih. Setinggi-tinggi penghargaan buat semua. Tidak ada apa yang dapat aku balas selain mendoakan kebahagiaan kalian dunia dan akhirat. Dah ah, aku tak nangis lagi dari haritu. Jangan buat aku menangis. Hahaha sekarang soalan famous "Nak sambung mana lepas ni? Nak jadi apa?" Okay apa yang aku aim ialah lecturer. Lecturer maths. InsyaAllah impian aku, Kyah dengan Syerashid. Sama-sama minat sangat dekat maths ni. Hehe semoga perjalanan dan urusan kami semua dipermudahkan. Amin. Okbai semua tak tahu nak cakap apa lagi, sayangggggggggggg semuaaaaaa ♡♡
Take note: SITI NURAMEERA FARAHIN BINTI MOHD SAID AKAN MENGHILANGKAN DIRI SELAMA 3 MINGGU. DIA AKAN BERKHIDMAT SEBAGAI PEMBANTU PENGAWAS DI UITM LENDU. MENJAGA PARA PELAJAR MENJAWAB PEPERIKSAAN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALANYA. JAGA DIRI, SEMUA :D
#176
04 March 2014,
Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang (Ar Raad: 28)

Jika kau merasa gelisah, ingatlah Allah kerana Dia sentiasa bersamamu, pintalah pada-Nya agar tenangkan hatimu
Jika kau rasa sedih, ingatlah Allah sentiasa bersamamu, tidak pernah Dia tinggalkan dirimu walau sesaat hanya dikau yang menjauhkan diri daripada-Nya, pohonlah agar dikuatkan hatimu menempuh dugaan tanda sayangnya Dia kepadamu
Jika kau merasa menyampah, bengang, benci pada orang lain atas sikapnya ingatlah Allah suka orang yang penyabar
Jika kau rasa bosan, ingatlah Allah, pintalah pada-Nya kegembiraan agar kau ceria
Jika kau rasa gembira, janganlah dikau lupakan-Nya kerana Dia selalu bersamamu dikala suka duka gembira ceria tangis tawa
Jika kau merasa sunyi tiada teman, ingatlah Allah ada bersamamu, berkomunikasilah dengan-Nya dengan mengadu yang kau sunyi
Jika kau merasa kosong, pintalah pada-Nya agar dikurniakan pengisian pada jiwamu yang kosong
Jika kau merasa tidak hargai, dicintai dan dikasihi, ingatlah Allah sentiasa menyayangimu kerana Allah Maha Penyayang terhadap hamba-Nya
Jika kau merasa miskin, kau pintalah kekayaan daripada-Nya sekalipun kekayaan itu bukan daripada segi kewangan tetapi kekayaan itulah yang akan memberikan kau keberkatan dan kegembiraan dalam hidupmu
Jika kau merasa penat, ingatlah Allah yang tidak pernah penat yang sentiasa menunggumu untuk berbicara dengan-Nya sedangkan amat jarang kau berniat untuk melakukannya, hanya sibuk dengan kerja harianmu
Sekadar perkongsian bersama
Waktu-waktu Mustajab Doa
09 February 2014,
“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’min: 60)
.jpg)
Berdoa merupakan suatu usaha kita untuk meminta bantuan Allah SWT. Segala permintaan mestilah dipanjatkan kepada-Nya dalam keadaan penuh kesyukuran dan kerendahan diri, seperti firman Allah SWT dalam surah al-’araaf ayat ke-55 :
“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan (suara) yang perlahan…”
Berikut amalan, cara-cara dan waktu-waktu yang mana insyaAllah, merupakan jalan yang baik untuk kita memohon pertolongan Allah SWT Segala apa yang ada di sini adalah hasil dari pembacaan dan juga pengajian penulis di dalam bidang hadis, dan diambil dari hadis-hadis yang sahih.
1) SATU PERTIGA MALAM
Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Allah SWT turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, “Adakah di antara hamba-Ku yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya”.
Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah SWT.
2) SEWAKTU HUJAN TURUN
Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas
3)WAKTU DI ANTARA DUA KHUTBAH KHATIB PADA SOLAT JUMAAT
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ia (waktu mustajab doa) adalah antara imam duduk (di atas mimbar) sehingga selesai solat (Jumaat).” (Hadis Riwayat Muslim)
Difahami daripada hadis ini, antara dua khutbah Jumaat termasuk waktu doa mustajab. Berkenaan doa yang sepatutnya dibaca, ia tidak ditetapkan, tetapi boleh baca doa umum seperti memohon keampunan Allah dan rahmat-Nya atau doa khusus untuk diri sendiri serta keluarga.
4) SETIAP SUJUD DI DALAM SETIAP WAKTU SOLAT
Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah SWT.
Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama’ fekah termasuk As-Syafi’e rahimahullah.
5) WAKTU DHUHA
Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:
1) Menurut Nabi Muhammad s.a.w., bangunnya anak unta dari tidurnya atau
2) Kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.
Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. InsyaAllah…
6) DI ANTARA AZAN DAN IQAMAT
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, dia berkata bahwa, Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya doa yang tidak tertolak adalah doa antara azan dan iqomah, maka berdoalah (kala itu).” (HR. Ahmad)
Banyak lagi sebenarnya. Serba sedikit untuk dikongsi. Selamat beramal :D
KENAPA MATA BERKEDIP-KEDIP?
,
Ada orang mengatakan mata berkedip ini ada kaitan dengan hati dan perasaan kita. Dan ada juga yang cuba 'meramal masa depan' dengan mengatakan akan terjadi sesuatu yang tidak kita sangkakan, sama ada perkara itu baik atau tidak baik. Kalau mata berkedip di sebelah kanan, akan dapat berita baik, durian runtuh dan sebagainya. Kalau mata berkedip di sebelah kiri, akan terjadi sesuatu perkara yang akan menyebabkan kita menangis. Apakah?
Semuanya Allah dah tentukan. Kalau dah memang ditakdirkan Allah, kita mendapat khabaran yang baik, kita bersyukur. Dan sebaliknya, mendapat benda yang kurang baik, kita juga kenalah bersyukur dan bersabar. Semuanya ada hikmah yang tersendiri.
Eye twitching atau ‘Myokymia’ (saintifik) atau dalam Bahasa Malaysia diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau ada juga yang memanggil mata bergerak-gerak atau mata bergerenyet, berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata. Kedipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata. Namun kes yang biasa dijumpai adalah kedipan di bahagian bawah berbanding bahagian atas.
KENAPA MATA BERKEDIP-KEDIP?
Punca-punca terjadinya ‘eye twitching’ ini ialah:
1. Tekanan
Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye twitching terutamanya berkaitan dengan ketegangan mata. Mengurangkan punca tekanan tersebut berupaya mengurangkan eye twitching.
2. Kelesuan
Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.
3. Ketegangan Mata
Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan akan menyebabkan eye twitching. Oleh itu, anda disarankan untuk menjalankan pemeriksaan mata dan mendapatkan kuasa kacamata yang baru.
Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama, anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.
4. Kafein dan Alkohol
Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching. Jika pengambilan adalah berlebihan, cuba untuk kurangkan dan untuk Muslim pula, perlu ke untuk ambil alkohol?
5. Kekeringan Mata
Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant dll) dan pemakai kanta sentuh. Anda yang mempunyai masalah ini boleh menggunakan beberapa medikasi yang sesuai untuk mengurangkan masalah mata kering.
6. Ketidakseimbangan Nutrisi
Beberapa laporan mengatakan kekurangan nutrisi seperti magnesium akan menyebabkan masalah eye twitching. Walaubagaimanapun laporan-laporan tersebut tidak dibuktikan secara saintifik. Oleh itu, sebelum anda mengambil sebarang makanan tambahan atau vitamin, sila rujuk dengan pakar pemakanan terlebih dahulu.
7. Alergi
Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching.
Untuk menyelesaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching. Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan mata kering. Oleh itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.
Pada sesiapa yang mengalami fenomena seperti ini, usah terlalu memikirkan kata-kata orang lama. Takut-takut terpesong akidah kita dan boleh membawa kepada syirik. Apa yang penting, kita kena sentiasa berdoa memohon pada Allah SWT agar dijauhkan dari segala bencana dan bahaya. InsyaAllah.
Sekadar perkongsian.
HUSNUDZON
13 January 2014,
You have two friends in this life; First is Allah. Second, those who remind you to Allah :')
Ya Allah, semoga semuanya kekal bersamaku hingga ke akhir hayat.
Tujuh sebab mengapa kita mesti bersangka baik;
Satu. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik, tetapi kita tidak memiliki 'sijil' yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi.
Dua. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi.
Tiga. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar bahagia?
Empat. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati.
Lima. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa.
Enam. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na'uzubillah.
Tujuh. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuszonlah sentiasa selama masih bernyawa!
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain…”
(Surah al-Hujurat, ayat 12)
"Kenapa dia tak bertudung? Oh, mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang tidak menitikberatkan agama. Maka aku yang tahulah harus mengajaknya.”
“Kenapa dia pulang ke universiti bersama seorang lelaki? Oh, mungkin itu abangnya kerana aku juga tidak mengenali siapa keluarganya. Atau mungkin sesuatu telah berlaku dalam perjalanan sehingga dia terpaksa menumpang lelaki tersebut.”
“Kenapa dia ku rasakan makin menjauh tanpa sebarang SMS atau call? Oh, mungkin dia sedang sibuk menguruskan sesuatu. Aku sebagai sahabat mestilah memahaminya.”
“Kenapa dia tak membalas senyumanku waktu berselisih ke kelas tadi? Oh, mungkin dia tidak perasan atau ada sesuatu yang membelenggu fikirannya waktu itu. Tidak mengapa, lain kali bisa memberi senyuman lagi.”
“Kenapa dia mengumpat sedangkan dialah yang suka memberi tazkirah? Oh, dia juga seperti aku manusia yang sering melakukan kesilapan dan kadang-kadang terlupa. Aku dan dia sebagai sahabatlah yang mesti saling menasihati dan mengingatkan.”
Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan.
Dan seorang mukmin itu juga mempunyai sifat berhati-hati. Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga.
Tatkala terbangun pada pukul 3 pagi, terdengar bunyi dari rumah jiran. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang bertopeng penuh di muka. Langsung tidak bertempat sangkaan baik mengandaikan bahawa tuan rumah yang bercuti di Pulau Langkawi baru sahaja pulang ke rumah sambil memakai topeng Spiderman sedang mengumpil pintu rumah sendiri.
Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri. Aku pun terkadang terburuk sangka dekat orang..
Sebaiknya, sama-sama kita muhasabah diri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca.
"Ya Allah, jadikanlah bicaraku, tulisanku...adalah ibadah kepada-Mu. Ya Rahman, ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan. Hapuskanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati andai ada bersarang dalam hati ini. Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku. Ya Raheem, jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini. Ameen Ya Rabbal 'Alameen"
Salam Maulidur Rasul
#172
12 January 2014,
Jadikanlah masalah itu sebagai tanda cinta Tuhan pada kita...bukan sebagai bebanan.
The truth is, no one really understands what I go through. Only Him understands. Indeed.
Ya Allah,
Di saat ini,
Ketika ini,
Kalaulah aku mampu,
Kalaulah aku bisa,
Kalau boleh,
Akan ku sembunyikan air mata yang mengalir ini,
Memang sakit,
Memang perit,
Akan ku tahan,
Agar aku sentiasa menjadi hambaMu yang sentiasa redha,
Akan ketentuanMu.
Ya Allah,
Salurkanlah kekuatanMu kepadaku di saat ini.
Amin..
“Dear self, please be strong. These challenges will end soon. Seek help from Allah swt. Don’t give up.”
Remember Allah in prosperity .. He'll not forsake you in adversity ^^
Thank you, Allah for lending that person to me. Terima kasih kerana menghadirkannya kembali. Ukhuwah fillah :')
#171
09 January 2014,
Post yang ke 171. Haha lagi 7 hari birthday adik kita. Rindu rindu :D
--------------------------------------------------------------------
Maksudnya:
Dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka,
Surah As-Saffat ( "Yang Bersaf-Saf") adalah surah ke-37 dalam Al-Qur'an. Surah ini terdiri atas 182 ayat dan termasuk golongan surah Makkiyah serta diturunkan sesudah surah Al-An'am. Dinamai dengan As-Saffat (Yang Bersaf-Saf) diambil dari kata serupa yang terletak pada ayat permulaan surah ini yang menceritakan bagaimana para malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhannya dimana mereka tidak dapat digoda oleh syaitan.
Actually, aku tengok tv tadi cerita Ilmu Alam Ghaib kot tajuk dia. Tak ingatlah. Pastu, cerita pasal sihir. Bagus paparan harini. Ada benda baru yang aku belajar dan aku nak kongsikan kat orang lain. Tak tahulah ada orang ke tak baca. Tapi kot kot mana tahu terbukak ke terjumpa ke kan haha. Ustaz tu ubatkan orang kena sihir. Dan jin tu serious menakutkan sebab dia kacau perempuan tu dah 7 tahun dah. Dia kacau mak perempuan tu jugak. Selama ni, aku doa biasa je. Doa minta jauh daripada gangguan syaitan. Tapi aku tak pernah baca pun ayat tu. Sekarang baru aku tahu. So, boleh lah sama-sama kita amalkan.
"Doa ini untuk memelihara diri kita dan keluarga kita dari terkena gangguan makhluk halus terutama jin/iBlis dan syaitan. Ayatnya pendek dan senang dihafal dari Surah As Saffat, ayat 7. Semoga dibaca setiap kali selepas solat atau bila terasa diri tidak beberapa sihat terutama waktu maghrib."
Selamat beramal :')
|
|