The Shining Star
177
23 March 2014, [0] Alien

Annyeong :) Hai hai. Setelah lama menghilangkan diri serta menyepikan diri, kini aku datang kembali membawa sedikit khabar gembira. Mungkin tidaklah terlalu gembira. Tetapi cukuplah aku dapat mengukirkan senyuman bahagia pada wajah kedua-dua ibu bapaku. Well, that's my hadiah to them. Aku tak mintak pape pun dari beliau-beliau. Kerana, ini adalah hadiahku untuk mereka. Siapalah aku tanpa mereka kan? Result aku tak gempak manaaaaaaaaaaaa macam budak-budak lain. Tapi aku sangat-sangat bersyukur. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Walau sebesar lautan dosa aku pada Dia, Dia tidak putus-putus mengurniakan nikmat kepada aku. Terima kasih, Allah ^^ 

Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan. Kepada yang kurang berjaya, jangan khuatir. Rezeki Allah itu luas. Ada dimana-mana. Teruskan berdoa. Dia sentiasa mengetahui apa yang terbaik buat kita semua. Berjaya itu dugaan, kurang berjaya itu pun dugaan. Sememangnya manusia sentiasa diuji. Kerana itulah yang mendekatkan diri dengan Allah swt. 

Masa result keluar kan, aku dah tahu awal-awal hehe tapi aku tak bagitahu sesiapa pun termasuk mama. Nak surprise gitu tapi result tak gempak pun tapi aku puas hati dah pun. Siapalah aku nak melawan takdir. Aku taknak Allah tarik nikmat yang lain kalau aku tak bersyukur. 


Inilah perkataan pertama yan terlintas jauh di lubuk hati aku yang paling dalam. Cewah. Sebab aku terkenangkan macam mana struggle mati-matian aku masa bulan spm. Aku tak tidur malam. Boleh kira berapa kali je aku tidur. Tak elok sebenarnya. Tapi sememangnya otak aku bukan memang jenis brilliant, so aku perlu usaha lebih. Alhamdulillah, Allah paid my all hardworks. Ni semua dengan izinNya. Study gila-gila pun, kena banyak ingat Allah. Sebab Dia yang menentukan, right? Tika pun, kawan baik yang paling aku sayang. She got an excellent result too. I know she is the best. I am very proud of her. Dia rakan seperjuangan aku dunia akhirat. 

Sebenarnya, nak cakap sikit ni. Subjek-subjek yang aku slack tu sebab aku sendiri. Kesalahannya datang daripada aku. Bukan cikgu ke ape. Sebenarnya, sebagai seorang penuntut ilmu, first of all, kena ikhlas. Apa-apa pun mesti kena ikhlas macam mana sekali pun. Jangan benci apa-apa subjek pun. Like me, aku benci.. oppssss taklah sampai benci. Aku tak suka gilaaa fizik dengan chemist. Bila nak belajar, tak pernah nak ikhlas. Dalam hati ni seringkali memberontak. Lastly, macam ni lah jadinya haha. Serious, pada aku lah. Kita memang kena ikhlas nak buat apa-apa. Tak ikhlas, mesti ada je sekatan. Lepastu, kenalah rajin belajar. Mana ada kejayaang datang bergolek kan? Semua perlu ikhtiar dan usaha. Kemudian, barulah tawakkal :)
Minat pun kenalah tanamkan. Macam arab. Mostly budak-budak tak suka arab. Sebab? Orang kata susah. Tak susah pun sebenarnya, kita je sebenarnya tak minat. Eh tapi terpulanglah, tak nak cakap banyak. Kang macam bajet pulak. Hmm.

Terima kasih kepada semua yang memberi tunjuk ajar. Aku tak mampu sampai ke tahap ini tanpa semua orang keliling aku. Aku tahu tu. Aku bangga sangat dengan budak-budak kelas Ibnu-Rusyd kesayanganku. Kami sudah memberi apa yang terbaik. Sarangahae ♡♡

"Kdg2 nampak je dia tak belajar, tapi result gempak. Sbb apa? Sbb mgkin dlm diam ramai yg mendoakan kejayaan dia"
Aku tahu ramai sangat yang mendoakan kejayaan aku. Terima kasih. Setinggi-tinggi penghargaan buat semua. Tidak ada apa yang dapat aku balas selain mendoakan kebahagiaan kalian dunia dan akhirat. Dah ah, aku tak nangis lagi dari haritu. Jangan buat aku menangis. Hahaha sekarang soalan famous "Nak sambung mana lepas ni? Nak jadi apa?" Okay apa yang aku aim ialah lecturer. Lecturer maths. InsyaAllah impian aku, Kyah dengan Syerashid. Sama-sama minat sangat dekat maths ni. Hehe semoga perjalanan dan urusan kami semua dipermudahkan. Amin. Okbai semua tak tahu nak cakap apa lagi, sayangggggggggggg semuaaaaaa ♡♡


Take note: SITI NURAMEERA FARAHIN BINTI MOHD SAID AKAN MENGHILANGKAN DIRI SELAMA 3 MINGGU. DIA AKAN BERKHIDMAT SEBAGAI PEMBANTU PENGAWAS DI UITM LENDU. MENJAGA PARA PELAJAR MENJAWAB PEPERIKSAAN. SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALANYA. JAGA DIRI, SEMUA :D




Disclaimer
Bonjour fellas


Half girl, half women :)

ABOUT ENTRY

credits
big thanks

Edited by : Najmi Supian
Basecode : Iyra Monster
Another code : Kak Nazihah | Nauna Lettha