The Shining Star
Waktu-waktu Mustajab Doa
09 February 2014, [0] Alien




“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al-Mu’min: 60)


Berdoa merupakan suatu usaha kita untuk meminta bantuan Allah SWT. Segala permintaan mestilah dipanjatkan kepada-Nya dalam keadaan penuh kesyukuran dan kerendahan diri, seperti firman Allah SWT dalam surah al-’araaf ayat ke-55 :

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan (suara) yang perlahan…”

Berikut amalan, cara-cara dan waktu-waktu yang mana insyaAllah, merupakan jalan yang baik untuk kita memohon pertolongan Allah SWT Segala apa yang ada di sini adalah hasil dari pembacaan dan juga pengajian penulis di dalam bidang hadis, dan diambil dari hadis-hadis yang sahih.

1) SATU PERTIGA MALAM

Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:

"Allah SWT turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, “Adakah di antara hamba-Ku yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya”.

Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah SWT.

2) SEWAKTU HUJAN TURUN

Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas

3)WAKTU DI ANTARA DUA KHUTBAH KHATIB PADA SOLAT JUMAAT 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ia (waktu mustajab doa) adalah antara imam duduk (di atas mimbar) sehingga selesai solat (Jumaat).” (Hadis Riwayat Muslim)

Difahami daripada hadis ini, antara dua khutbah Jumaat termasuk waktu doa mustajab. Berkenaan doa yang sepatutnya dibaca, ia tidak ditetapkan, tetapi boleh baca doa umum seperti memohon keampunan Allah dan rahmat-Nya atau doa khusus untuk diri sendiri serta keluarga.

4) SETIAP SUJUD DI DALAM SETIAP WAKTU SOLAT

Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah SWT.

Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama’ fekah termasuk As-Syafi’e rahimahullah.


5) WAKTU DHUHA

Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:

1) Menurut Nabi Muhammad s.a.w., bangunnya anak unta dari tidurnya atau

2) Kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.

Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. InsyaAllah…


6) DI ANTARA AZAN DAN IQAMAT

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, dia berkata bahwa, Rasulullah Saw. bersabda,
“Sesungguhnya doa yang tidak tertolak adalah doa antara azan dan iqomah, maka berdoalah (kala itu).” (HR. Ahmad)


Banyak lagi sebenarnya. Serba sedikit untuk dikongsi. Selamat beramal :D



Disclaimer
Bonjour fellas


Half girl, half women :)

ABOUT ENTRY

credits
big thanks

Edited by : Najmi Supian
Basecode : Iyra Monster
Another code : Kak Nazihah | Nauna Lettha