The Shining Star
#167
08 January 2014, [0] Alien


Hehe comel kan budak ni? Aku nanti nak didik anak aku dengan agama Islam yang sangat sempurna ni. Aku nak cakap arab dengan anak-anak aku. That's why aku doa selalu supaya Allah jodohkan aku dengan seorang zauj yang soleh yang akan pimpin aku dan anak-anak sama-sama untuk ke syurga Allah. Amin Ya Rabbal Alamin :) Eh? 

Memang sekarang aku banyak buang masa. Hmmm

"Daripada Ibn Abbas RA berkata : telah bersabda Rasulullah SAW : "Dua nikmat yang kebanyakan manusia sering lupa dan lalai, iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang." (riwayat Bukhari)
Masa aku form 4 aku gilaaa leka dengan kpop aku. Then masa form 5 aku dah berhenti dah sebab jet jet nak fokus spm le katakan. Haha tapi lepas je spm, syaitan mula menghasut aku. Kpop kembali menguasai aku. Tak salah pun minat tapi kadang-kadang macam over je. Sometimes je. Tapi aku tahu benda tu tetap melekakan aku. Even aku minat lebih sikit. So, aku ameklah keputusan sibukkan diri aku dengan ke dapur haha. Nak jadi zaujah mithali lah katakan. Amin :')



Sejak jadi alumni, memang perkataan RINDU tu tak pernah tersasar jauh dari sudut hati ni. Perempuan. Normallah tu. Hati lembut. Mudah sayang. Mudah rindu. See how lovely we are? Haha. Banyak kali aku nak luah rindu pun, masa tetap tak boleh undur. Semua kena move one. Teruskan move on. Jangan toleh belakang dah. Bestnya bagi semangat kat diri sendiri. Aku mengaku aku memang ada kelebihan bagi semangat kat diri aku sendiri saat aku lemah, tak kuat. Sebab aku tahu Allah ada. Sentiasa ada untuk aku.

"Hendaklah engkau mohon ampun kepada Allah. Sesungguhnya, Allah maha pengampun lagi maha penyayang" 

[Surah an-Nisa:106]
Cakap pasal dosa. Memang aku insan yang penuh dengan dosa. Bila perhatikan orang yang serba baik tu, aku pandang diri aku. "Jahilnyaaa kau ni" Ye. Aku jahil. Sekarang ni memang masa untuk enjoy. Aku rasa Allah bagi waktu lapang macam ni nak uji kita. Allah nak lihat hamba-hamba dia kan? Aku rasa inilah masa terbaik untuk muhasabah diri. Very long time.
Sesungguhnya aku rindu solat jemaah dekat surau. Baca Al-Quran sama-sama. Setiap detik yang aku lalui tu, semua mengajar aku. 



Terasa? Entahlah. Manusia. Manusia. Manusia.


Tetiba terjumpa gambar ni dekat tumblr. Haha sweetnyaaa. Cepatlah masa haha. Ramai cakap aku kahwin awal. Entah kenapa. Aku tunggu je jodoh aku. Hehe. Aku serious nak yang boleh bimbing aku. Eh semua nak macam tu kan? Haha. Mama memang harap aku kahwin dengan ustaz. Entahlah biarlah jodoh & takdir yang menentukan (:

Jangan simpan seseorang dalam hati. Hati itu berbolak balik sifatnya. Simpanlah seseorang dalam doa Kerana doa tercatat di langit selamanya.



Disclaimer
Bonjour fellas


Half girl, half women :)

ABOUT ENTRY

credits
big thanks

Edited by : Najmi Supian
Basecode : Iyra Monster
Another code : Kak Nazihah | Nauna Lettha